Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bercerita tentang cinta pertama
pasti semua golongan pernah melaluinya. Tak kira berapa usia kita ketika cinta
pertama itu hadir namun apa yang pasti cinta pertama amat terkesan di hati
setiap pemiliknya. Ada mereka yang berjaya bertemu jodoh dengan cinta pertama
tapi ramai saja yang tak berjaya bersatu dengan cinta pertama mereka.
Ada yang berkata agak mustahil
melupakan cinta pertama walau kebanyakan kita melalui pengalaman cinta pertama
di kala ia dianggap cinta monyet, cinta remaja dan cinta anak hingusan. Namun
tidak dinafikan bahawa cinta pertama amat indah bukan? amat mendalam dan sukar
dilupakan walau kita telah mempunyai kehidupan dengan insan yang membahagiakan
kita kini.
Cinta pertama mungkin satu kekecewaan buat mereka yang tak
berjaya mempertahankannya namun ia juga satu kenangan indah buat insan yang
melaluinya. Apa pun walau pun seindah mana kenangan cinta pertama kita
bersama si dia harap ia tidak mampu menghancurkan kebahagiaan kita bersama si
dia kini. Allah tentukan jodoh kita bukan bersamanya dan janganlah kita terus
dihantui kenangan silap yang mungkin akan mencalarkan hati mereka yang
menyayangi kita sepenuh hati. Mungkin tanpa pengalaman lalu kita tidak sekuat
kini, mungkin tanpa kekecewaan silam kita tidak sejujur kini, mungkin tanpa
kisah semalam kita tidak secekal kini. Jadikan kenangan lalu kekuatan untuk
kita terus bahagia bersama kehidupan kini bukannya terus menoleh ke belakang
tanpa menghargai kehidupan kini.
p/s: andai kata bertemu dengan kekasih lama sedangkan kamu
atau si dia telah berkeluarga lebih baik kiranya tidak terus berhubung agar
kita dan dia tidak akan rasa terimbau kenangan lalu yang mungkin bisa
menghancurkan kebahagiaan kita kini.