Jumaat, 3 Ogos 2012

Pandangan cinta pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bercerita tentang cinta pertama pasti semua golongan pernah melaluinya. Tak kira berapa usia kita ketika cinta pertama itu hadir namun apa yang pasti cinta pertama amat terkesan di hati setiap pemiliknya. Ada mereka yang berjaya bertemu jodoh dengan cinta pertama tapi ramai saja yang tak berjaya bersatu dengan cinta pertama mereka.

Ada yang berkata agak mustahil melupakan cinta pertama walau kebanyakan kita melalui pengalaman cinta pertama di kala ia dianggap cinta monyet, cinta remaja dan cinta anak hingusan. Namun tidak dinafikan bahawa cinta pertama amat indah bukan? amat mendalam dan sukar dilupakan walau kita telah mempunyai kehidupan dengan insan yang membahagiakan kita kini.


Cinta pertama mungkin satu kekecewaan buat mereka yang tak berjaya mempertahankannya namun ia juga satu kenangan indah buat insan yang melaluinya. Apa pun walau pun seindah  mana kenangan cinta pertama kita bersama si dia harap ia tidak mampu menghancurkan kebahagiaan kita bersama si dia kini. Allah tentukan jodoh kita bukan bersamanya dan janganlah kita terus dihantui kenangan silap yang mungkin akan mencalarkan hati mereka yang menyayangi kita sepenuh hati. Mungkin tanpa pengalaman lalu kita tidak sekuat kini, mungkin tanpa kekecewaan silam kita tidak sejujur kini, mungkin tanpa kisah semalam kita tidak secekal kini. Jadikan kenangan lalu kekuatan untuk kita terus bahagia bersama kehidupan kini bukannya terus menoleh ke belakang tanpa menghargai kehidupan kini.



p/s: andai kata bertemu dengan kekasih lama sedangkan kamu atau si dia telah berkeluarga lebih baik kiranya tidak terus berhubung agar kita dan dia tidak akan rasa terimbau kenangan lalu yang mungkin bisa menghancurkan kebahagiaan kita kini.







Tiada ulasan: