Jumaat, 27 Julai 2012

Cara Memujuk Kekasih Anda Yang Terluka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni ingin Kasih Suci kongsikan beberapa tips memujuk kekasih yang terluka hatinya. Pasangan dua hati umpama loket dan rantai. Tanpa keduanya pasti nampak canggung dan kekurangan. Apabila si dia terluka hati kita juga turut sengsara.
1. Hadiah-Berikan hadiah untuk menggembirakan si dia. Bukan hadiah mahal yang menjadi keutamaan tapi hadiah yang ikhlas sudah cukup untuk memujuk dan memberi kebahagiaan pada si dia. Mudah-mudahan hatinya sejuk dan cair melihat keikhlasan kita memujuknya
2.Kejutan-Berikan kejutan untuk dia. Pasti ia menjadi satu kenangan manis buat perhubungan kamu dan akhirnya mampu buat dia terharu dan terkedu. Pasti dia akan cepat memaafkan kesalahan kamu dan akhirnya mengambil jalan untuk berdamai.
3. Ayat cinta-Berikan ayat cinta yang manis untuk si dia. Menyelitkan nota-nota cinta di dalam diari, buku, fail atau mana saja barang miliknya mampu menggambarkan perasaan ikhlas cinta yang suci kamu pada si dia.
4.Nyanyikan-Nyanyikan lagu kesukaannya. Jika dia suka kamu bermain gitar lakukannya agar hatinya sejuk dan menerima maaf darimu agar hubungan kalian pulih kembali.
5.Jelaskan-jelaskan apa salah faham antara kamu dan dia. Mungkin cara kita bercakap atau ayat yang kita ucapkan buat dia terluka. Mungkin ada sedikit salah faham hingga dia amat terluka. Berdepan dan selesaikanlah dengan baik.


Bijak menangani masalah amat perlu bagi memastikan cinta dua hati berjaya menemui jalan bahagia yang abadi. Tanganilah masalah dengan minda bukan dengan emosi, insyaAllah semuanya akan baik-baik saja.

Tiada ulasan: