Ahad, 12 Ogos 2012

Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW ketika Haji Wada' di Lembah Uranah, Gunung Arafah

khutbah 
perpisaha /wada'
Nabi Muhammad
S.A.W

Pada 9 Zulhijjah, tahun 10 hijrah,
di arafah 


Wahai manusia , dengar lah baik-baik apa
yang hendak kukatakan , aku tidak
megetahui apakah aku dapat bertemu
lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan terliti kata-kataku
ini dan sampaikanlah ia kepada  orang-
orang yang tidak dapat hadir disini  pada hari ini .

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap
bulan ini dan kota ini sebagai suci,
maka anggaplah jiwa dan harta
setiap orang muslim sebagai amanah suci.

kembalikan harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain 
tidak menyakiti kami lagi ingatlah bahawa
sesungguhnya , kamu akan
menemui ruhan kamu dan dia pasti
membuat perhitungan diatas segala
amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan
riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan
agama kamu.

dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak
mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu.

sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu , maka mereka juga berhak
untuk diberi makan
dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan lemah -
lembutnya terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Tiada ulasan: